PEMBAHAGIAN MAD
MAD ASLI
- Mad Asli (Mad Asas) ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie. Kadar bacaan untuk Mad Asli adalah 2 harakat sama ada ketika menyambung (wasal) atau berhenti bacaan (waqaf).
- Mad Asli terjadi apabila :
- Huruf Alif (ا) sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. Contoh: قَالَ
- Huruf Wau (و) sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. Contoh: يَقُولُ
- Huruf Ya' (ي) sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah. Contoh: قِيلَ
MAD FAR'IE
Mad Far'ie (Mad Cabangan/Cawangan) dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya
mengikut jenis Mad.
Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:
- Mad Wajib Muttasil (مد واجب متصل)
- Mad Jaiz Munfasil (مد جائز منفصل)
- Mad 'Aridh Lissukun (مد عارض للسكون)
- Mad Badal (مد بدل)
- Mad 'Iwadh (مد عوض)
- Mad Lin (مد لين)
- Mad Tamkin (مد تمكين)
- Mad Farq (مد فرق)
- Mad Silah Qasirah (مد الصلة قصيرة)
- Mad Silah Tawilah (مد الصلة طويلة)
- Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (مد لازم حرفى مخفف)
- Mad Lazim Harfi Muthaqqal (مد لازم حرفى مثقل)
- Mad Lazim Kalimi Mukhafaff (مد لازم كلمى مخفف)
- Mad Lazim Kalimi Muthaqqal (مد لازم كلمى مثقل)
1) MAD 'ARIDH LISSUKUN
- Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.
- Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
2) MAD BADAL
- Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
- Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.
- Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
- Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
- Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
- Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').
- Kadar bacaannya adalah 2 harakat.
وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥيَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ
3) MAD 'IWAD
- Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah.
- Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.
وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرۡقً۬ا
فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبۡقً۬ا
4) MAD JAIZ MUNFASIL
- Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja.
- Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan.
- Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:
- Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.
- Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi :
- Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
- Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.
- Mad Lin terjadi apabila Huruf Lin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.
- Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.
- Dinamakan Mad Lin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun
مِثۡلُ حَظِّ ٱلۡأُنثَيَيۡنِۚ
6) MAD SILAH
- Silah bermaksud sambung. Mad ini terjadi apabila Huruf Ha Dhamir (ه) berada pada akhir kalimah.
- Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
- Syarat untuk menjadikan Mad Silah adalah huruf sebelum dan selepas Ha Dhamir tersebut berbaris fathah (atas), kasrah (bawah), atau dhommah (depan).
- Dibacakan dengan silah atau mad ketika menyambungkan (wasal) bacaan sahaja. Ianya terbahagi kepada dua:-
MAD SILAH QASIRAH
- Qasirah bermaksud pendek.
- Terjadi apabila selepas Ha Dhamir terdapat huruf selain huruf hamzah.
- Dibaca dengan kadar 2 harakat sahaja ketika menyambungkan bacaan.
- Tawilah bermaksud panjang.
- Terjadi apabila terdapat huruf hamzah selepas Ha Dhamir.
- Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris.
- Dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat ketika menyambungkan bacaan.
- Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :
banyak membantu. terima kasih :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deletehatur nuhun tos berbagi ilmuna,mudah mudahan berkah,dunia & akhirat...AMIN
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deletemad wajib mutasil??
ReplyDeleteOpposite dengan mad wajib munfasil. Dia dalam satu kalimah
DeleteMad wajib sama mcm mad jaiz.. cuma ia adalah huruf mad bertemu hamzah dlm 1 kalimah, 6 harkat
ReplyDeleteWasal 4-5 harkat
ReplyDeleteWakaf 6 harkat
thank's
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deletevery useful
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteTq
ReplyDeleteALHAMDULILLAH . TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deleteterima kasih, perkongsian ilmu yang baik
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteAlhamdulillah...terima kasih perkongsian. Semoga menjadi ilmu yang bermanfaat
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteSubhanallah...
ReplyDeleteSyukran jazilan sgt berguna sgt mudah difahami
ReplyDeleteAlhamdulillah..tq atas perkongsian
ReplyDeleteAlhamdulillah..tq atas perkongsian
ReplyDeletetq for that
ReplyDeletesyukran jazilan ala kullu ilm..yujad kathir manafi'ah minha.. :)
ReplyDeletehello gais i kat skolah nie lol hahha omg kbye <3 <3 <3
ReplyDeletepenjelasannya kurang pas
Deletethanks berguna
ReplyDeleteASSALAM.....SY NK MINTA IZIN ADMIN TUAN PUNYA ARTIKEL INI UNTUK SY COPY ARTIKEL INI YE.....BOLEH KE ? NK TAMAPL KT PAPAN KENYATAAN PANITIA KT SK.... TQ
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Sangat dialu-alukan. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deleteilmu yang bermanfaat utk semua...
ReplyDeleteAlhamdulillah.tk
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteAlhamdulillah byk mmbntu saya..terima kasih byk2 kerana mengongsikan info2 tntg tajwid..:)
ReplyDelete-scifa-
Alhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteAlhamdulillah byk mmbntu saya..terima kasih byk2 kerana mengongsikan info2 tntg tajwid..:)
ReplyDelete-scifa-
alhamdullilah..byk membantu
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deletemane mad iwadh ??
ReplyDeletewahhhh
ReplyDeletealhamdullilah..bertambah ilmu saye
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeletePenerangan kabur la....x puashati...mana kesinambungannya
ReplyDeletebacaan mad jaiz dan mad wajib ketika waqaf?
ReplyDeletePohon izin share ya tuan terima kasih banyak, ilmu yang menafaat. Semoga diberi pahala berlipat ganda. Amiin
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSy nk bertanya berkenaan mad silah towilah,
Sy ingin melakukan wakaf pd mad silah towilah adakah perlu sy menyebut baris pd ha tersebut atau terus shj wakaf pd ha dngn tanda sukun.
teruskan sahaja waqaf pada ha dhomir dengan tanda sukun, wallahu'alambissawab.
ReplyDeleteSaya tumpang mencari ilmu di Bog tuan. Terima kasib
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteSaya guna sebagai slide ya tuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Sangat dialu-alukan. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deletesangat membantu
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deletebagaimana dgn يأيها? adakah ia dikira mad wajib atau mad jaiz, saya keliru krn asal kalimah tersebut adalah 2 patah perkataan. mohon penjelasan🥺
ReplyDeleteيَـٰٓأَيُّهَا adalah mad jaiz munfasil (berasingan). Seperti yang dapat dilihat, cara tulisannya adalah berangkai. Huruf mad alif kecil yang di atasnya bertanda mad "~" bertemu huruf hamzah berasingan dalam dua kalimah tetapi ditulis berangkai dalam satu kalimah. Maka ia harus dibaca empat atau lima harakat, dan tidak boleh memisahkan bacaan huruf mad dengan hamzah, atau dalam erti kata lain, tidak boleh berhenti bacaan di atas huruf mad (alif kecil bertanda mad dalam perkataan ini).
Deleteيَـٰٓأَيُّهَا adalah mad jaiz munfasil (berasingan). Seperti yang dapat dilihat, cara tulisannya adalah berangkai. Huruf mad alif kecil yang di atasnya bertanda mad "~" bertemu huruf hamzah berasingan dalam dua kalimah tetapi ditulis berangkai dalam satu kalimah. Maka ia harus dibaca empat atau lima harakat, dan tidak boleh memisahkan bacaan huruf mad dengan hamzah, atau dalam erti kata lain, tidak boleh berhenti bacaan di atas huruf mad (alif kecil bertanda mad dalam perkataan ini).
ReplyDeleteSepatutnya misal mad silah ditulis ayat selepas ayat yang mempunyai ha dhamir. Jika hanya ditulis ayat yang mempunyai ha dhamir sahaja mana mungkin ia dibaca dengan mad silah qasirah atau tawilah kerana ia belum bertemu dengan huruf hijaiyah lagi.
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen dan cadangan tuan. Contoh ayat sudah dikemaskini.
Deletesaya tak faham
ReplyDeleteAlhamdulillah saya faham apa yang disampaikan. Terima kasih atas ilmu tajwid yang telah dikongsikan, semoga menjadi amal jari'ah🤲.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteMana mad aud
ReplyDeleteTak kan takat tu ja
ReplyDeleteHukum mad apa yg kekal samaada waqof atau wasol ye ustaz?
ReplyDelete