1) MIM BERSABDU
Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat.
وَلَمَّا بَلَغَ
أَشُدَّهُ ۥۤ
أَشُدَّهُ ۥۤ
وَلَقَدۡ هَمَّتۡ بِهِۦۖ
2) NUN BERSABDU
Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris.
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ
قُرۡءَٲنًا
قُرۡءَٲنًا
وَلَوۡ ڪُنَّا
MIM SAKINAH
1) IKHFA' SYAFAWI
- Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib dibaca dengan Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat.
- Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir.
- Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.
بِإِيمَـٰنِكُمۚ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬ۚ
2) IZHAR SYAFAWI
- Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah selain dari huruf Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah Izhar.
- Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung).
- Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara dua bibir.
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا
جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمۡ قِيَـٰمً۬ا
Idgham mutamasilain: huruf mim mati bertumu huruf mim dan dibaca dengung 2 harkat
ReplyDeletemengapa tak ada suara.saya amat perlu dengar.atau memang tak ada suara/belum ada
ReplyDeleteMana sambungannya
ReplyDeleteperkongsian yang berfaedah
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Delete