Thursday, 12 November 2020

Assalamualaikum

 Assalamualaikum,

Kepada semua pembaca blog e-Tajwid Quran ini, saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini maklumat di dalam blog ini. 

InsyaAllah, dengan izin Allah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menambah maklumat tentang ilmu tajwid Al-Qur'an dalam blog ini.

Saya mohon para pembaca yang dihormati untuk mendoakan supaya Allah mudahkan urusan saya untuk sama-sama berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.

Sebarang komen dan cadangan boleh ditulis di bahagian komen. InsyaAllah saya akan cuba membalas setiap komen.

Saya harap, blog ini dapat menjadi wasilah untuk kita semua mempelajari ilmu Al-Qur'an seterusnya menambahkan pahala dalam beramalan dengan ilmu ini.

Terima kasih.

Wassalam. 

Saturday, 28 April 2012

Laman Utama



Selamat datang dan terima kasih kami ucapkan kerana melayari laman web Tajwid Al-Quran. Web Tajwid Al-Quran merupakan suatu kaedah untuk mengembangkan ilmu agama kepada masyarakat. Teknik membaca dan mengajar adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mana ianya adalah suatu teknik mudah, cepat dan menyeronokkan.  

Bagi mereka yang menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. :-


فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه

Maksudnya:
Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan,
 adalah seperti keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya. 
Riwayat Baihaqi.

Dari makna hadis di atas jelas kepada kita bahawa mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan dengan perbuatan yang lain-lain.

Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.