Tajwīd (تجويد) dari segi bahasa
bermaksud melakukan sesuatu dengan elok iaitu yang berasal dari perkataan Jawwada.
Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan tempat bagi
tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya dari segi sifat-sifat
huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi
huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis
dan sebagainya.
Ilmu tajwid itu ialah menyampaikan dengan sedalamnya
kesempurnaan tiap-tiap sebutan dari ayat al-Quran.
Sesungguhnya, para ulama’ menyatakan bahawa hukum bagi mempelajari tajwid itu
adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan tajwid ketika membaca
al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan
yang mukallaf.
Sesungguhnya, apabila seseorang itu membaca al-Quran
walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa
bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib
seperti dalam solat) al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia
diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid
serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah
berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah
maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri,
sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه
Maksudnya : Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran
sendiri melaknatnya .
Al-Quran dan Sunnah merupakan pegangan dan panduan jalan yang
lurus bagi umat Islam, maka sesungguhnya pembacaan ayat suci Al-Quran adalah
sangat penting dalam kehidupan seharian bagi umat Islam manakala Sunnah Rasul
adalah sebagai penerangan terhadap hukum-hukum Allah. Dengan itu, penjagaan dan
pembacaan tajwid yang betul adalah sangat penting supaya maksud bacaan tidak
terpesong daripada makna yang sebenar.
Sepertimana Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Muzammil: 4 seperti berikut :
Bermaksud : Bacalah al-Quran dengan bertartil ( memelihara hukum
tajwid ) .
Bermaksud : Daripada 'Uthman bin 'Affan r.a. berkata : Rasulullah
s.w.a berkata : Rasulullah s.w.a bersabda
: ' Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya'.
( Riwayat Iman al-Bukhari ).
( Riwayat Iman al-Bukhari ).
Melalui laman ini, Tajwid Al-Quran menyediakan kaedah
pembelajaran Al-Quran bertajwid untuk membantu orang dewasa mahupun
kanak-kanak dalam mempelajari bacaan Al-Quran bertajwid
secara individu dan kemudian barulah berguru selepas mengenal
hukum tajwid. InsyaAllah, dengan keberkatan dan izin Allah, dengan kaedah
pembacaan tajwid ini ia dapat membantu bacaan anda dengan betul setelah
mempelajari tajwid melalui laman ini.
Sesungguhnya, ia tidak dapat dinafikan bahawa kandungan portal web ini belum cukup sempurna lagi kerana ianya dianggap masih ditahap permulaan. Namun begitu, dalam kaedah Usul Fiqh ada dinyatakan bahawa:
" Sesuatu yang tak boleh disempurnakan semua, jangan tinggalkan semua ".
Begitu
juga, kita harus yakin dengan janji Allah s.w.t. dalam Al-Quran, Surah
Al-Ankabut : 69 yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di jalan
kami, benar-benar kami akan memimpin mereka ke jalan kami, sesungguhnya Allah
s.w.t. bersama orang yang berusaha memperbaiki amalanya" .
sama-sama kita mempelajari al quran
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deleteassalamualaikum tuan, mohon izin guna artikel utk pembelajaran di sekolah ye, tq!
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Sangat dialu-alukan. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Deleteassalamualaikum tuan, mohon izin guna artikel utk pembelajaran di sekolah ye, tq!
ReplyDeleteassalamualaikum tuan, mohon izin guna artikel utk pembelajaran di sekolah ye, tq!
ReplyDeleteWaalaikumussalam. تفضل.
Deletepenyampaian pembelajaran bagus cuma perlu disisipkan dengan rujukan sekali...
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas cadangan. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat. InsyaAllah maklumat akan dikemaskini.
Deletealhamdullilah.semoga bacaan alquran bertambah bagus dengan mengenali pegertian tajwid
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih. Semoga kita dapat sama-sama mengambil manfaat.
Delete