Selamat
datang dan terima kasih kami ucapkan kerana melayari laman web Tajwid Al-Quran.
Web Tajwid Al-Quran merupakan suatu kaedah untuk mengembangkan ilmu agama
kepada masyarakat. Teknik membaca dan mengajar adalah teknik atau kaedah
terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semua lapisan
masyarakat yang mana ianya adalah suatu teknik mudah, cepat dan
menyeronokkan.
Bagi mereka yang
menyukai al-Quran sama ada minat untuk membacanya atau minat dalam mencapai
kefahaman ayat-ayatnya mendapat perumpamaan seperti mana sabda Rasulullah
s.a.w. :-
فضل القرءا على سائر الكلام كفضل الرحمن على سائر خلقه
Maksudnya:
Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan,
Keutamaan al-Quran dibanding dengan lain-lain ucapan,
adalah seperti
keutamaan Allah dibanding dengan seluruh ciptaanNya.
Riwayat Baihaqi.
Dari makna hadis di atas jelas kepada kita bahawa
mempelajari al-Quran sama ada membacanya hinggalah memahami makna yang
terkandung di dalamnya merupakan suatu perbuatan yang paling utama dibandingkan
dengan perbuatan yang lain-lain.
Apabila terdapat motivasi sedemikian dalam diri individu, membaca al-Quran akan menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang tinggi di akhirat kelak.